PARIS 3 Feb. – Perancis memberi amaran kepada Presiden Venezuela, Nicolas Maduro bahawa tarikh akhir bagi perlaksanaan pilihan raya presoiden akan tamat pada tengah malam ini. Menurut Menteri Hal Ehwal Eropah Perancis, Natalie Loiseau, pihaknya bersedia untuk mengiktiraf lawan Maduro, Juan Guaido jika tiada keputusan dibuat. “Ultimatum berakhir tengah malam ini. “Jika Maduro tidak membuat komitmen bagi mengadakan pilihan raya presiden, kami akan pertimbang agar Guaido sebagai penganjur sah proses…










