Perak mohon pinda perlawanan menentang Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Perak mohon pinda perlawanan menentang Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Pasukan Perak mengemukakan permohonan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi meminda tarikh perlawanan Liga Super menantang Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung, esok.

Permohanan itu dikemukakan selepas Perak terlibat dengan aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang kelab Hong Kong, Kitchee, kelmarin.

“Untuk makluman semua, dengan mengutamakan agenda bola sepak negara bermain di peringkat antarabangsa, perlawanan tersebut akan dipinda kepada tarikh yang akan diumumkan kelak.

“MFL memberi sokongan penuh dengan semangat kesukanan untuk melihat pasukan Perak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dalam ACL 2019,” kata MFL menerusi satu hantaran baharu di laman Facebook rasmi mereka, hari ini.

Dalam aksi di Stadium Perak, The Bos Gaurus mara ke pusingan ketiga kelayakan ACL selepas menewaskan Kitchee 6-5 menerusi penentuan penalti setelah kedudukan terikat 1-1 sehingga masa tambahan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN