Perak-Kedah kongsi mata, aksi terhenti 30 minit pengadil cedera - Utusan Malaysia

Perak-Kedah kongsi mata, aksi terhenti 30 minit pengadil cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 8 Feb. – Perak dan Kedah terikat 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini hari ini yang menyaksikan perlawanan terhenti selama hampir setengah jam akibat pengadil mengalami kecederaan.

Brendan Gan meletakkan pasukan tuan rumah mendahului pada minit ke-18 apabila merembat padu dari luar kawasan penalti selepas keadaan kelam kabut di depan pintu gol pasukan Kedah.

Namun, Kedah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Renan Da Silva Alves meledak gol pada minit ke-21 setelah penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim gagal menangkap kemas bola hantaran lintang pemain Kedah.

Permainan mulai terhenti pada minit ke-60 apabila pengadil perlawanan, Hamdan Awang keluar padang dipercayai akibat kecederaan hamstring.

Hamdan diberikan rawatan namun gagal meneruskan tugasnya dan dia digantikan oleh pembantu pengadil 2, Mohd. Shahreen Omar pada minit ke-88.

Bersambung perlawanan, kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol untuk kedudukan kekal 1-1 sehingga wisel penamat.

Perlawanan disaksikan 27,000 penyokong yang menonton perlawanan secara percuma. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN