JUARA. Seramai empat pelajar dari SMK Mengkuang, Pulau Pinang berjaya mengharumkan nama negara sewaktu yang mewakili Malaysia ke Pameran Inovasi, Harta Intelek dan Teknologi Antarabangsa (Ipitex) 2019 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Ia ekoran kejayaan penyelidik muda itu menghasilkan medium tanaman ‘vetaP cube smart companion for shade tolerant vegetables’ yang berjaya mencuri perhatian juri pertandingan.
Ipitex 2019 yang berlangsung pada 2 hingga 6 Febuari 2019 lalu turut disertai oleh pelbagai negara antaranya, Thailand, Kanada, Jepun, Korea Selatan dan China.








