Penutupan pasar malam PA Sri Selangor ditangguh - Utusan Malaysia

Penutupan pasar malam PA Sri Selangor ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan sementara penutupan pasar malam Perumahan Awam (PA) Sri Selangor sehingga jalan penyelesaian mengenainya dicapai.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin memberitahu, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira nasib golongan peniaga di kawasan berkenaan.

“Kami akan mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu penutupan pasar malam ini selepas bantahan dilakukan oleh peniaga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan arahan penutupan pasar malam oleh pihak berkuasa tempatan itu yang didakwa menyebabkan kesesakan lalu lintas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN