BAGAN SERAI 15 Feb. – Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah lori kontena di Jalan Besar Bagan Serai di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Masri Ramli, 63, disahkan maut di tempat kejadian. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Nasrizal Safila berkata, anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.13 tengah hari. Katanya, semasa tiba di lokasi tersebut, mangsa didapati terbaring di bahagian tayar belakang kenderaan berat itu dan telah tidak bernyawa. “Anggota bomba yang berada di tempat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya