Penumpang jatuh feri belum ditemui - Utusan Malaysia

Penumpang jatuh feri belum ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 16 Feb. – Seorang penumpang yang terjatuh dari Feri Pulau Undan masih belum ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari kedua.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berkata, operasi SAR itu ditangguhkan kira-kira pukul 7.30 malam hari ini.

Katanya, gerakan SAR itu diteruskan dengan kawasan pencarian diperluaskan iaitu kira-kira 20 kilometer dari kawasan mangsa dipercayai terjatuh.

“Setakat ini identiti dan maklumat berkaitan mangsa yang dikatakan terjatuh dari feri belum diperolehi.

“Laporan polis berkaitan orang hilang juga tiada dan operasi akan diteruskan esok kira-kira pukul 7.30 pagi,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi semalam, seorang penumpang dikatakan terjatuh ke dalam laut di 1.2 kilometer Barat Laut berhampiran Terminal Feri Butterworth. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN