SEPANG 12 Feb. – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) disebabkan Kabinet sedia ada tidak cekap menangani isu-isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat. Malah Mohamed Azmin menegaskan, penubuhan majlis itu bertujuan untuk membantu kerajaan menangani masalah kos sara hidup rakyat sekali gus memberi pendekatan segera dan jangka masa sederhana bagi menyelesaikan perkara tersebut. “Kita dalam Pakatan Harapan (PH) bertindak secara…










