Penstrukturan TH penting untuk kembali kepada tujuan asal - Utusan Malaysia

Penstrukturan TH penting untuk kembali kepada tujuan asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menyifatkan penstrukturan semula Tabung Haji (TH) merupakan langkah penting bagi memastikan institusi itu mampu kembali kepada tujuan asal penubuhannya.

Beliau berkata, usaha yang dilakukan itu bukan untuk ‘membalas dendam’ kepada mana-mana pihak, sebaliknya adalah untuk ‘memulihkan semula’ tadbir urus institusi tersebut demi memberi manfaat kepada umat Islam.

“Satu daripada amanah besar kepada saya (ketika dilantik sebagai menteri) adalah untuk melihat semua agensi (di bawah kementeriannya) termasuk TH.

“TH ada 9.7 juta pendeposit dan tiga juta pendeposit mendaftar untuk mengerjakan haji setiap tahun. Kita nak jaga pendeposit ini dan nak meletakkan kembali tujuan asal penubuhan TH sebagai institusi yang menjaga kebajikan orang pergi haji,” katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, di sini hari ini.

Ditanya oleh moderator program, Tan Sri Johan Jaafar sama ada TH akan memberi dividen tahun 2018 kepada pendepositnya, Mujahid memberitahu pihaknya akan membuat pengumuman khas itu pada Khamis ini termasuk mengenai perkembangan terkini institusi tersebut. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN