SHAH ALAM – Sikap tamak tujuh peniaga mengaut keuntungan dengan menjual barangan melebihi harga syiling Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina (SKHMP TBC) mengundang padah selepas dikompaun pihak berkuasa, semalam. Dalam operasi serentak di seluruh Selangor bermula pukul 8 pagi pada hari pertama Tahun Baru Cina itu mencatatkan nilai keseluruhan kompaun yang dikenakan mencecah RM1,000. Ketua Pegawai Peguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor,…










