Peniaga siar kaki diberi notis - Utusan Malaysia

Peniaga siar kaki diberi notis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan notis terhadap beberapa penjaja yang menjalankan perniagaan di atas siar kaki di sekitar ibu kota, semalam.

BARANGAN perniagaan yang disita oleh DBKL dalam operasi di kawasan siar kaki di sekitar ibu kota semalam. – UTUSAN ONLINE

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, tindakan itu dibuat mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1964 kerana didapati menghalang laluan orang awam.

Katanya, operasi melibatkan 20 kes bermula dari pukul 3 petang hingga 11 malam itu dijalankan di Jalan Robson, Jalan Alor, sekitar kawasan Bukit Bintang dan KLCC.

“Barang-barang perniagaan penjaja disita dan dihantar ke stor simpanan DBKL. Kami akan menjalankan pemantauan berterusan untuk memastikan kesalahan itu dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN ONLINE.


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×