Penggangur berdepan tali gantung bunuh rakan sendiri - Utusan Malaysia

Penggangur berdepan tali gantung bunuh rakan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang penganggur berdepan tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh rakannya sendiri, dua minggu lalu. 

P. Sures Roo, 35, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam. 

Mengikut pertuduhan, Sures didakwa membunuh Dharma Raj, 34, di tanah lapang berhampiran Lot 10237, Batu 5 1/4 Jalan Kampung Jawa di sini di antara pukul 4 petang hingga 4.30 petang, 7 Februari lalu. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Aisamuddin Abdul Rahman. 

Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Kosmo! pada 9 Februari lalu melaporkan seorang lelaki mati dalam keadaan mengerikan apabila dia ditetak menggunakan parang sebanyak 25 kali oleh rakannya sendiri di kawasan lapang berhampiran Kuil Sri Maha Kaliamman Madurai Veeran, Jalan Kampung Jawa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN