Pengerusi MTENg wajar dilantik dari wakil rakyat di negeri - Utusan Malaysia

Pengerusi MTENg wajar dilantik dari wakil rakyat di negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 3 Feb. – Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTENg) sewajarnya dilantik dalam kalangan wakil-wakil rakyat yang dipilih di negeri tersebut.

NOOR AMIN AHMAD
NOOR AMIN AHMAD 

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, jawatan kuasa kemudian boleh dibentuk untuk melibatkan kepimpinan Pakatan Harapan dengan Menteri atau Timbalan Menteri, dilantik sebagai penasihatnya.

Beliau berkata, pelantikan jawatan Pengerusi MTENg sebaik-baiknya dibincang di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan dengan mempertimbangkan pelbagai dinamik politik di negeri tersebut.

“Jika dilihat kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ada negeri-negeri yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan Pas, namun Perdana Menteri membuat keputusan melantik wakil-wakil daripada negeri-negeri ke dalam Kabinet, kecuali Perlis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi MTENg Kelantan yang dilihat mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.

Utusan Online semalam melaporkan, Amanah Kelantan membantah pelantikan Timbalan Presiden PKR itu sebagai Pengerusi MTNg Kelantan sebagaimana diumumkan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Biro Politik Amanah negeri yang mengadakan mesyuarat khas turut meminta Majlis Presiden Pakatan Harapan bersuara bagi pihak mereka untuk mendesak supaya keputusan melantik Mohamed Azmin dikaji semula. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN