Pengeluaran air bersih Langkawi berkurangan 10 peratus - Utusan Malaysia

Pengeluaran air bersih Langkawi berkurangan 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Penduduk Langkawi dinasihati menggunakan air secara berhemat berikutan pengeluaran air bersih berkurangan 10 peratus susulan penurunan bekalan air mentah dari sungai-sungai di sini.

Pengurus Wilayah Taliworks Langkawi Sdn. Bhd. (Taliworks Langkawi), Amaran Abu Bakar berkata, walaupun masalah bekalan air di sini tidak begitu serius, masyarakat tetap diminta mengawal penggunaan air dalam tempoh sebulan dua ini.

“Kawal penggunaan air supaya kita dapat gunakan bekalan yang ada sebaik mungkin. Bagi yang tinggal di kawasan rendah, mereka masih mendapat bekalan air, namun penduduk yang tinggal di kawasan tinggi mengalami kesukaran mendapat bekalan 24 jam.

“Biarpun begitu, kekurangan bekalan air di Langkawi tidak begitu meruncing kerana bekalan air bersih ke pulau ini juga diperolehi menerusi paip dasar laut yang disalurkan dari Loji Rawatan Air Sungai Baru, Simpang Ampat, Perlis,” katanya pada pemberita di Empangan Malut, Bukit Malut di sini hari ini.

Terdahulu, Amaran bersama 60 warga kerja Taliworks Langkawi dan 30 pelajar serta tenaga pengajar Madrasah Tahfis Al Marjan, Bukit Malut mengadakan solat sunat istisqa iaitu solat memohon hujan di empangan tersebut. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN