Pengarah syarikat tanam kurma didakwa - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat tanam kurma didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Seorang pengarah syarikat penanaman kurma didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan skim pelaburan pokok tersebut yang tidak berdaftar, empat tahun lalu.

Chin Yoong Fung, 37, yang dinamakan sebagai orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd. Noor.

Berdasarkan pertuduhan tersebut, lelaki tersebut didakwa telah menawarkan kepada orang ramai untuk membeli kepentingan dalam skim pembelian pelaburan penanaman pokok kurma yang tidak berdaftar di Date Palm Agro Berhad di 2-37, PV 128, 128 Jalan Genting Kelang, Setapak di sini, antara 13 September 2015 dan 14 September 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendakwaan yang dikemukakan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Faizal Mahdi Mahmud dibuat mengikut Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan 27 Mac ini untuk sebutan semula kes tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN