Pengarah Love In Georgetown City buat laporan polis - Utusan Malaysia

Pengarah Love In Georgetown City buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 13 Feb. – Pengarah dan Penulis Big Nose Production, Fa Abdul membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Timur Laut berikutan fitnah yang dilemparkan terhadap produksi teater arahannya, ‘Love In Georgetown City’ yang dijadual ditayangkan di PenangPac di sini, bermula esok hingga 17 Februari ini.

Fa berkata, laporan polis itu dibuat semalam bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya, ahli produksi, kakitangan Penangpac dan penonton teater berkenaan.

“Laporan ini juga dibuat bagi memastikan tiada kekacauan berlaku berikutan ugutan serta protes yang dianjurkan oleh pihak yang tertentu.

“Banyak pihak yang menyerang pementasan teater saya dengan pelbagai tohmahan tanpa usul periksa terutamanya yang mengemukakan tuduhan bahawa saya bakal menayangkan filem lucah yang boleh mendorong masyarakat ke arah maksiat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, pengguna di dalam media sosial dikejutkan dengan poster sebuah teater yang bertajuk ‘Sex In Georgetown City’ yang akan dipentaskan di Pentas 2 Penangpac, Straits Quay di Tanjung Tokong di sini.

Selepas mendapat kecaman dan bantahan daripada pelbagai pihak Fa tampil memohon maaf dan menukar tajuk teater tersebut.

Menurut Fa produksi itu bukanlah penayangan filem sebaliknya adalah satu pementasan teater.

“Intipati cerita teater tersebut adalah untuk mendidik masyarakat mengenai gejala yang berleluasa di segenap lapisan masyarakat menerusi bentuk hiburan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN