Penerima PKPS segera hubungi LHDN - Utusan Malaysia

Penerima PKPS segera hubungi LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Pembayar cukai yang menerima surat atau emel berhubung Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu segera menghubungi pihak terbabit bagi mendaftarkan sebagai pembayar cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, mereka yang mendapat surat atau emel itu juga perlu melaporkan pendapatan sekiranya mempunyai gaji atau upah bulanan berjumlah RM4,000 dan ke atas.

Jelasnya, pendaftaran boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDN atau menerusi sistem eDaftar di Portal Rasmi LHDN.

“Bagi yang menjalankan perniagaan selain syarikat sendirian berhad yang mempunyai pendapatan tahunan berjumlah kira-kira RM48,000 (atau RM4,000 sebulan) selepas ditolak perbelanjaan operasi dan elaun modal yang dibenarkan, pembayar cukai masih perlu mendaftar sebagai pembayar cukai dan melaporkan pendapatan tersebut kepada LHDN. 
 
“Pembayar cukai boleh mengabaikan surat dan emel yang diterima daripada LHDN ini sekiranya pendapatan yang diterima adalah kurang daripada jumlah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN