Penduduk cemas, hutan belakang rumah terbakar - Utusan Malaysia

Penduduk cemas, hutan belakang rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Penduduk di sekitar kawasan Taman Universiti Indah, Seri Kembangan cemas apabila hutan berhampiran kawasan perumah mereka terbakar petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd. Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4.50 petang.

sk terbakar
Kawasan hutan berhampiran dengan kawasan perumahan di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan terbakar akibat cuaca panas melampau hari ini. – UTUSAN ONLINE/MOHD NAJIB MOHD NOR

“Kebakaran melibatkan kawasan hutan berbukit dan berbatu yang dianggarkan berkeluasan satu hektar.

“Sebanyak 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dan Serdang dikerahkan ke lokasi kejadian untuk kerja pemadaman api,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×