Pemuda UMNO gesa siasat penipuan sijil akademik menteri - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO gesa siasat penipuan sijil akademik menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Feb.- Biro Pendidikan dan Mahasiswa Pemuda UMNO Malaysia menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menjalankan siasatan berhubung dakwaan penipuan kelulusan akademik yang berlaku dalam kalangan menteri Kabinet.

Gesaan itu dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan kepada PDRM di  Bukit Aman hari ini.

Exco Hal Ehwal Akademik dan Mahasiswa Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin berkata, memorandum ini bertujuan bagi melihat situasi dan keadaan semasa dalam kepimpinan kerajaan yang sewenang-wenangnya menggunakan sijil palsu akademik. 

Menurutnya, ini bukanlah satu budaya yang baik tetapi satu cerminan bukan sahaja penipuan dalam manifesto, malah berani memalsukan dokumen untuk kepentingan politik sendiri. 

“Atas dasar itu kita mengambil ruang untuk  lihat perkara ini dari sudut penerangan terutama kesalahan dilakukan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya. 

“Kita harap kepimpinan negara tidak bermain dengan isu ini. Mahasiswa yang hadir hari ini bertungkus lumus pagi petang siang malam untuk segulung ijazah,” katanya selepas menyerahkan memorandum tersebut hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN