Pemilik syarikat percetakan berdepan dua tuduhan pengubahan wang haram - Utusan Malaysia

Pemilik syarikat percetakan berdepan dua tuduhan pengubahan wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang pemilik syarikat percetakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM229, 000, Februari tahun lalu.

Tertuduh, S. Vinoad, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali.

Mengikut pertuduhan pertama, Vionad didakwa memindahkan wang hasil aktiviti haram melalui dua transaksi berjumlah RM85, 000 daripada akaun semasa CIMB Bank Berhad milik syarikat Five Element Services kepunyaannya sendiri kepada akaun simpanan Islamic CIMB Berhad cawangan Bukit Tinggi milik seorang wanita berusia 35 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh menggunakan akaun yang sama memindahkan wang berjumlah RM144, 000 menerusi satu transaksi kepada akaun Islamic Hong Leong Bank Berhad cawangan Shah Alam yang dimiliki bersama seorang wanita dan lelaki masing-masing berusia 53 dan 56 tahun.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di CIMB Berhad cawangan Pelabuhan Klang pada 12 Februari 2018.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin kemudiannya memohon mahkamah supaya pertuduhan AMLA itu dibicarakan bersama satu lagi pertuduhan dihadapi tertuduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan selain mengekalkan wang jaminan RM20, 000 sebelum ini.

Bagi kesalahan Seksyen 424 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa menerima wang bukan miliknya berjumlah RM1.79juta yang dilakukannya di Seksyen 9, Shah Alam pada 9 Februari tahun lalu.

Peguam Vemal Arasan mewakili tertuduh tidak membantah permohonan Timbalan Pendakwa Raya itu.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan itu termasuk mengekalkan wang jaminan tersebut dan menetapkan perbicaraan pada 16,19 dan 26 April depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×