Pemilik sewakan tapak perniagaan kepada warga asing - Utusan Malaysia

Pemilik sewakan tapak perniagaan kepada warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 13 Feb. – Pemilik gerai di kawasan Teluk Bahang di sini yang dirobohkan oleh pihak berkuasa kelmarin didapati telah menyewakan
tapak perniagaan kedai makan dan mencuci kenderaan itu kepada warga asing.

Zolkifly Md. Lazim
Zolkifly Md. Lazim 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Zolkifly Md. Lazim berkata, selain itu tiga lagi gerai yang dikatakan dimiliki peniaga terbabit dibina di atas tanah rizab kerajaan negeri juga telah disewakan kepada individu lain yang merupakan warga tempatan.

“Pemilik gerai berkenaan telah ditawarkan untuk berpindah ke satu lokasi baharu berhampiran kawasan tersebut namun dia telah menolak tawaran berkenaan.

“Tapak perniagaan yang telah dirobohkan oleh pihak berkuasa  sebenarnya telah disewakan kepada warga asing di mana warga asing tersebut telah membayar sewa kira-kira RM10,000 kepada pemilik gerai berkenaan malah tapak perniagaan ini juga tidak mempunyai permit,” katanya di sini hari ini.

Semalam, pemilik gerai berkenaan,  Afzainizam Abdullah, 41, meluahkan kekecewaan dengan tindakan pihak berkuasa merobohkan gerai miliknya yang telah beroperasi selama lapan tahun.

Afzainizam mendakwa gerainya itu dirobohkan selepas hanya dua minggu notis pengosongan diterima dan meskipun selepas dia merayu supaya ditangguhkan sekurang-kurang­nya sehingga ke bulan depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN