Pemilik gerai diroboh sewakan tapak kepada warga asing - Utusan Malaysia

Pemilik gerai diroboh sewakan tapak kepada warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 13 Feb. – Pemilik gerai di kawasan Teluk Bahang di sini yang dirobohkan oleh pihak berkuasa kelmarin didapati telah menyewakan tapak perniagaan kedai makan dan mencuci kenderaan itu kepada warga a­sing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Zolkifly Md. Lazim berkata, selain itu tiga lagi gerai yang dikatakan dimiliki peniaga berkenaan dibina di tanah rizab kerajaan negeri dan telah disewakan kepada individu lain yang merupakan warga tempatan.

“Pemilik gerai berkenaan telah ditawarkan untuk berpindah ke lokasi baharu berhampiran

ZOLKIFLY MD. LAZIM
ZOLKIFLY MD. LAZIM 

kawasan tersebut namun dia menolak.

“Tapak perniagaan yang telah dirobohkan oleh pihak berkuasa sebenarnya telah disewakan kepada warga a­sing yang membayar kira-kira RM10,000 kepada pemilik gerai berkenaan. Tapak perniagaan ini juga tidak mempunyai permit,” kata­nya di sini hari ini.

Semalam, pemilik gerai berkenaan Afzainizam Abdullah, 41, meluahkan kekecewaan de­ngan tindakan pihak berkuasa merobohkan gerai miliknya yang telah beroperasi selama lapan tahun di situ.

Afzainizam mendakwa gerainya dirobohkan hanya dua minggu selepas notis pengosongan diterima, meskipun dia merayu supaya ditangguhkan sekurang-kurang­nya hingga ke bulan depan.

Menurut Zolkifly, pihaknya telah mengenal pasti dua lokasi sesuai untuk peniaga-peniaga di situ berniaga dan pihak­nya akan memanggil kesemua mereka untuk membincangkan perkara berkenaan terlebih dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×