KARBALA 3 Feb. – Pembunuhan penulis di tengah jalan di bandar ini mencetuskan kemarahan dikalangan pengiat kebudayaan. Menurut polis, beberapa tembakan maut mengenai mangsa, Alaa Mashzoub di hadapan rumahnya semalam. “Polis telah menugaskan pasukan senior bagi menyiasat dan berjanji akan mencari pelaku pembunuhan berkenaan,” katanya. Golongan intelektual dan artis dari Karbala telah mengadakan protes hari ini berikutan pembunuhan penulis itu. – AFP










