MARANG 27 Feb. – Seorang surirumah dari Taman Perumahan Bukit Sawa, Zakiah Yahya, 61, memenangi hadiah tempat pertama cabutan bertuah bagi pembayar cukai pintu Majlis Daerah Marang (MDM) yang diadakan di sini pagi ini. Dalam majlis berkenaan, Zakiah yang tidak pernah menjangka kemenangan itu menerima hadiah sebuah motosikal jenis Honda Wave. Tempat kedua dimenangi oleh Dr. Rahayu Tahir dari Kampung Wakaf Dua, Bukit Payung yang mendapat hadiah mesin basuh jenis…










