Pemandu treler rempuh 4 sekeluarga direman - Utusan Malaysia

Pemandu treler rempuh 4 sekeluarga direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 8 Feb. – Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa empat beranak di kilometer 55 Jalan Kota Tinggi-Kluang dekat sini semalam telah direman selama tiga hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu berusia lingkungan 30-an itu mendapati negatif dadah.

“Permohonan reman dibenarkan selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi membantu siasatan mengikut Seksysen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahsmon bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada pemandu lori terbabit mempunyai sebarang rekod lampau.

Semalam seorang juruteknik elektrik, Mohd. Firdaus Januri, 34, dan isterinya, Norlia Osman, 33, maut selepas kereta Honda Civic yang dinaiki mereka dilanggar treler tersebut. Kemalangan pada pukul 12.33 tengah malam itu, turut meragut nyawa dua anak mereka Muhammad Adli, 6, dan Nur Dalili, 4 tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN