Pemandu teksi didakwa dera anak perempuannya - Utusan Malaysia

Pemandu teksi didakwa dera anak perempuannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Feb. – Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan mencederaan anak perempuan kandungnya yang berusia sembilan tahun pada Khamis lalu.

Tertuduh, Mohd. Irwan Abu Kassim, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapn Majistret Siti Hajar Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan pada bahagian lengan kiri dan kaki kiri anaknya dengan menggunakan rotan sehingga mungkin boleh menyebabkan kematian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di rumah di Jalan Tengah Stulang Baru di sini pada pukul 3.30 petang Khamis lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Muhamad manakala tertuduh diwakili peguam Zafirah Norizan.

Terdahulu pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan syarat tertuduh tudak boleh mendekati mangsa.

Peguam bela tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah agar mengurangkan jaminan memandangkan anak guamnya itu hanya berpendapatan RM2,000 selain menanggung isteri serta empat anak berusia lingkungan setahun hingga sembilan tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa.

Kes sebutan semula ditetapkan pada 19 Mac ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN