KUALA TERENGGANU 9 Feb. – Seorang pemancing dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan empat sekeluarga di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam di muara Sungai Terengganu di Pulau Warisan di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa, Abdul Bari Asyraf Mohd., 31, dari Kampung Panji di sini dikatakan sedang memancing bersama rakannya sebelum dikejutkan dengan insiden kereta terjunam berkenaan. Tindakan pantas mangsa bersama empat orang…










