Pemain bingung taktikal Sarri - Utusan Malaysia

Pemain bingung taktikal Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 12 Feb. – Para pemain Chelsea difahamkan bingung dengan maklumat taktikal dan falsafah yang diguna pakai oleh pengurus mereka, Maurizio Sarri.

Pengendali dari Itali itu kini berdepan situasi menyulitkan bagi meyakinkan pengurusan tertinggi kelab bahawa dia mempunyai perancangan jangka panjang di Stamford Bridge selepas diaibkan Manchester City 0-6 di Etihad, yang merupakan kekalahan terburuk Blues dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sarri percaya skuad bimbingannya masih belum bersedia dengan jenama bola sepak yang mahu

MAURIZIO SARRI
MAURIZIO SARRI 

diterapkannya dalam skuad Chelsea. Ketua Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia sekurang-kurangnya untuk tempoh jangka pendek ini, dikatakan bersedia mengekalkan Sarri.

Granovskaia bertanggungjawab melantik Sarri sebagai pengganti Antonio Conte, musim panas lalu, dengan pemilik kelab, Roman Abramovich sukar untuk dihubungi ekoran keengganan kerajaan United Kingdom memberikan visa kepada hartawan itu.

Granovskaia melihat pelantikannya sebagai peluang untuk mencipta kejayaan, terutama pada ketika Abramovich meletakkan kepercayaan kepadanya menerajui Chelsea. Namun, pada ketika kelab dikritik hebat peminat dalam media sosial, Blues juga perlu menghadapi pertemuan penting, termasuk perlawanan akhir Piala Liga menentang City di Wembley, hujung bulan ini.

Sarri sememangnya berhasrat untuk menerapkan gaya permainan cantik yang telah terbukti menghasilkan kejayaan mengagumkan ketika dia menerajui Napoli, sebaik sahaja dilantik selaku pengurus Chelsea.

Meskipun kelab berjaya menandatangani Jorginho dan Gonzalo Higuain, yang mana kedua-dua pemain berkenaan pernah berada di bawah kendalian Sarri di Naples, warga Itali itu menyuarakan kebimbangan terhadap kegagalan skuad bimbingannya memahami apa yang dia mahukan.

Media di Britain difahamkan, kebimbangan di dalam skuad sememangnya wujud kerana mereka berpendapat arahan Sarri itu terlalu sukar difahami. Segelintir pemain dalam skuad, berasakan mereka terlalu dibebani dengan maklumat taktikal Sarri, sehingga bingung untuk memahami permintaan pengurus mereka itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN