KUALA LUMPUR 12 Feb. – Walaupun namanya dipanggil selepas lima pemain tidak dilepaskan oleh pasukan masing-masing namun pemain tengah PJ City FC, K. Thivendran tidak merasakan dirinya sebagai pelengkap pasukan. Sebaliknya, pemain yang berasal dari Kulim, Kedah itu mahu memanfaatkan situasi tersebut dengan menambat hati jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee yang sedang mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi Piala AFF B-22 di Phnom Penh, Kemboja pada 17…










