Pelantikan Timbalan Pengerusi, ahli SPR tidak berkait kes saman pemula - Utusan Malaysia

Pelantikan Timbalan Pengerusi, ahli SPR tidak berkait kes saman pemula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pelantikan Timbalan Pengerusi dan empat Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu tiada kaitan dengan saman pemula yang dikemukakan oleh seorang pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, proses pelantikan tersebut telah bermula sejak November lalu.

“Perkara ini telah menjadi subjudis kerana ia telah dikemukakan di mahkamah. Pengurusan kes iaitu hakim akan menetapkan tarikh bicara dan hujahan padea 18 Februari ini.

“SPR akan mempertahankan kedudukan kita seperti kenyataan media yang telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis lapor diri tiga Ahli SPR yang baharu di sini hari ini.

Akhbar Kosmo! baru-baru ini melaporkan seorang pengundi di kawasan DUN Semenyih, Puan Sri Sabariah Mohd. Shariff, 58, memfailkan saman pemula terhadap Azhar bagi menghalang suruhanjaya itu mengendalikan PRK DUN Semenyih 2 Mac depan.

Saman yang difailkan secara dalam talian pada Sabtu lalu oleh Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co. itu turut menamakan SPR dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan.

Saman terbabit menuntut pelbagai deklarasi, antaranya pengisytiharan bahawa suruhanjaya itu tidak wujud dari segi undang-undang.

Sabariah mengambil inisiatif mengemukakan saman pemula itu kepada SPR apabila itu berkenaan timbul di media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN