KUALA LUMPUR 9 Feb. – Sebuah kapal milik Jabatan Laut, MV Polaris hari ini berlanggar dengan kapal pengangkut pukal yang berdaftar di Greece di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. Ketua Pengarah Jabatan Laut, Datuk Baharin Abdul Hamid yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, MV Polaris memang berlabuh di pelabuhan tersebut manakala kapal pengangkut pukal, Piraeus melalui kawasan perairan negara. “Pelanggaran di perairan negara dan setakat ini semuanya masih berada dalam kawalan. Buat masa ini, tiada sebarang tumpahan minyak berlaku dan krew dari kedua-dua kapal selamat. “Piraeus masih boleh bergerak dan kita telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya