PUTRAJAYA 27 Feb. – Sektor pelancongan menyumbang sebanyak RM84.1 bilion kepada ekonomi negara tahun lepas, meningkat 2.4 peratus berbanding RM82.2 bilion pada tahun sebelumnya, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi. Beliau berkata, walaupun terdapat sedikit penurunan dalam ketibaan pelancong antarabangsa daripada 25.9 juta pada 2017 kepada 25.8 juta pada 2018, perbelanjaan per kapita pelancong meningkat 2.9 peratus daripada RM3,166 kepada RM3,257. “Perbelanjaan per kapita paling tinggi adalah…










