DUNGUN – Seorang pelajar tingkatan dua yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas motosikal jenis Honda EX5 ditungganginya merempuh kereta Perodua Viva di Kilometer 23, Jalam Dungun – Bukit Besi dekat sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, Muhammad Haziq Irfan Ismail (gambar kecil), 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut dekat sini meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Haziq dalam perjalanan ke sekolahnya dari rumahnya di Kampung Pinang dekat sini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya