KUALA LUMPUR 7 Feb. – Pelabur asing merekodkan belian bersih ke atas ekuiti Malaysia bernilai RM1 bilion pada Januari 2019 susulan peningkatan harga minyak mentah dan pendirian kadar faedah rendah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS). Penganalisis Maybank Investment Bank Bhd. (Maybank IB), Wong Chew Hann berkata, pelabur asing juga melakukan jualan bersih dalam enam dari 21 hari dagangan pada Januari 2019. Katanya, tindakan pembeli bersih itu seiring harga minyak…










