JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Nepal maut dilanggar lori pemunggah kontena yang membuat pusingan-U di Jalan Utama Dermaga Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian 5.22 pagi itu, mangsa yang juga pekerja pelabuhan tersebut dipercayai melintas di laluan utama PTP yang ketika itu sedang sibuk dengan kerja-kerja pemunggahan kontena. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati Gautham Jhamka Prasad,…










