Pengecualian yuran tambahan MRSM ringankan beban ibu bapa

Pengecualian yuran tambahan MRSM ringankan beban ibu bapa

AZDY MOHD. ARSHAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Langkah untuk tidak lagi membenarkan pe­ngurusan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengenakan yuran tambahan dapat me­ringankan beban ibu bapa memandangkan perbelanjaan untuk memasuki institusi tersebut juga agak tinggi.

Pengerusi Keilmuan Nasional Pulau Pinang, Azdy Mohd Arshad berkata, selain itu, langkah tersebut juga penting bagi meringankan beban ibu bapa terutama golongan berpendapatan rendah dalam menanggung perbelanjaan bulanan serta pelbagai aktiviti lain yang dianjurkan oleh pihak MRSM.

“Saya melihat pengecua­lian yuran tambahan ini amat wajar dipertimbangkan kepada pelajar terutamanya terhadap kumpulan pelajar yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelmarin, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, garis panduan khusus bagi menyelaras semua kutipan yuran dan bayaran tambahan termasuk yang dikenakan oleh Muafakat, badan setara Persa­tuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MRSM, akan dikeluarkan sebelum sesi persekolahan baharu bermula 12 Januari ini.

Mengulas lanjut, Azdy berkata, pengecualian atau kelonggaran yuran tambahan kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan wajar diberi perhatian serius memandangkan kos sara hidup kini semakin meningkat.

Beliau melihat usaha Mara mewujudkan garis panduan ku­tipan yuran sebagai satu langkah positif dan wajar disokong kerana ia dapat mengelak daripada berlakunya kutipan yuran yang terlalu tinggi.

“Walaupun langkah ini mungkin tidak mampu menyelesaikan isu yuran secara total kerana pihak Muafakat masih memerlukan sumbangan, ia setidak-tidaknya mampu me­ringankan beban pihak yang terlibat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×