Pekerja mahu pembelaan - Utusan Malaysia

Pekerja mahu pembelaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 Feb. – Walaupun Festival Floria Diraja merupakan acara berprestij dan berjaya mengukir nama Malaysia dalam peta pelancongan dunia, hakikatnya 20 pekerja yang menjayakan acara itu kini resah dibelenggu pelbagai masalah.

Festival Floria Diraja yang selama ini diuruskan oleh anak syarikat Pulse Group iaitu Putrajaya Floria Sdn. Bhd. (PFSB).

Walau apa jua isu melanda PFSB, 20 pekerja syarikat itu mahu nasib mereka dibela termasuk isu pembayaran gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia (KWSP).

Menurut seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, pekerja PFSB berhadapan masalah itu sejak tahun lalu.

“Gaji kami kadang-kala dibayar dua kali dalam sebulan, malah caruman KWSP kini sudah tidak bayar sejak Ogos lalu walaupun dalam slip gaji telah dinyatakan pemotongan.

“Walaupun isu ini telah dibangkitkan kepada syarikat induk iaitu Pulse Group yang juga pemegang sahamnya terdiri daripada Perbadanan Putrajaya (PPJ), sehingga kini masih belum mendapat sebarang jalan penyelesaian,” dakwanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Seorang lagi pekerja yang mahu dikenali Nora pula mendakwa, pihak pengurusan Pulse Group sehingga kini masih tidak memberikan kata putus berhubung hala tuju nasib 20 pekerja PFSB.

“Jika ingin buat keputusan, berilah jawapan dengan segera, jangan biarkan nasib kami terumbang-ambing,” dakwanya.

Sementara itu, Pulse Group enggan mengulas lebih lanjut berhubung kemelut dihadapi 20 pekerja anak syarikatnya itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pulse Group, Datuk Badlishah Ahmad berkata, lembaga pengarah masih belum membuat sebarang keputusan membabitkan isu tersebut.

“Sebab benda ini juga melibatkan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang juga mempunyai pegangan saham dalam Pulse Group,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×