Peka pantang larang kaum, elak isu perkauman - Utusan Malaysia

Peka pantang larang kaum, elak isu perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Orang ramai perlu peka terhadap pantang larang yang menjadi amalan setiap kaum di negara ini bagi mengelak sebarang masalah berkaitan isu perkauman.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh berkata, kesejahteraan dan keamanan yang ada pada hari ini perlu dijaga sebaik-baiknya dengan tidak merosakkan perpaduan dan menguris perasaan kaum lain.

“Contohnya, setiap perayaan besar yang melibatkan sambutan masyarakat pelbagai kaum seperti Tahun Baharu Cina ini perlu diraikan sebagai satu ‘keluarga besar’ dengan saling membantu antara satu sama lain.

“Perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” katanya selepas merasmikan Ramah Mesra Tautan Muhibbah Tahun Baharu Cina Gong Xi Fa Cai 2019 di sini, malam tadi.

Majlis anjuran Pertubuhan Gabungan Warga Segambut dengan kerjasama Persatuan Penghuni Taman Sri Kuching itu dihadiri kira-kira 700 masyarakat pelbagai kaum. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×