Pegawai polis di Afrika dihukum mati bunuh tahanan - Utusan Malaysia

Pegawai polis di Afrika dihukum mati bunuh tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI 14 Feb. – Seorang bekas pegawai kanan polis dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kenya selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh seorang tahanan di bawah jagaannya, enam tahun lalu.

Lapor REUTERS, orang ramai menyifatkan hukuman terhadap Nahashon Mutua itu sebagai ‘hadiah’ kepada kekejaman yang dilakukan polis terhadap orang yang berada dalam tahanan di Afrika Timur.

Hakim Stella Mutuku ketika membacakan keputusan memberitahu, mahkamah tidak mempunyai hukuman lain selain mati atas pertuduhan membunuh.

“Bukti yang dikemukakan terhadap tertuduh lebih daripada cukup dan saya rasa hukuman ini setimpal dengan kesengsaraan yang dialami oleh si mati,” katanya.

Mutua didakwa atas pertuduhan membunuh Martin Koome yang ditahan di Balai Polis Nairobi pada 2013. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN