PDRM pertimbangkan bagi ganjaran tangkap Jho Low - Utusan Malaysia

PDRM pertimbangkan bagi ganjaran tangkap Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan akan memberikan ganjaran kepada mana-mana pihaknya yang boleh menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pemberiaan habuan itu bagaimanapun bergantung kepada keadaan sehingga terdapat keperluan daripada pihaknya. 

“Kalau bagi habuan sekalipun, kita perlu bersedia dengan wang tunai dan ganjaran serta sebagainya. 

“Kalau ada keperluan, kita akan mempertimbangkannya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. 

Jho Low amat dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Turut dikehendaki adalah bapanya, Tan Sri (Harry) Low Hock Peng. 

Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 24 Ogos tahun lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap dua beranak itu sekaligus membolehkan PDRM memohon kerjasama Interpol untuk mengeluarkan notis merah bagi mengesan serta menahan kedua-dua mereka. 

Mohamad Fuzi turut menjelaskan pihaknya tidak mempunyai halangan dan menyambut baik sekiranya terdapat mana-mana pihak sekiranya bersedia memberikan ganjaran penangkapan Jho Low. 

“Saya rasa usaha mengesan jho low bukan dilakukan oleh pihak polis sahaja malah berbagai usaha dilakukan (pihak lain).

“Bila ada insentif, ada orang akan tampi (bagi maklumat) bagi mempercepatkan tangkapannya. Matlamat kita dapatkan jho low burui,” katanya. 

Mengulas mengenai status kes anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, beliau menegaskan pihaknya belum mendapat butiran lengkap mengenainya. 

“Kita belum dapat butiran, sebaik sahaja dapat nanti, kita akan rujuk kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya). Itu yang saya dapat laporkan buat masa ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN