WASHINGTON 14 Feb. – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menerima pemberitahuan rasmi daripada kerajaan Macedonia untuk menukar nama negara Balkan itu ke Republik Macedonia Utara.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres hari ini menyambut baik perkembangan terbaharu yang akan menamatkan perbalahan berdekad lama antara Greece dan Macedonia berkenaan nama negara Balkan.
Di PBB, Macedonia telah dikenali sebagai bekas Republik Yugoslavia Macedonia (FYROM) kerana Greece membantah penggunaan Macadonia, nama yang digunakan untuk wilayah utara negara tersebut.
Dalam satu kenyataan, Guterres memuji pemimpin Macedonia dan Greece kerana visi masa depan mereka dan menggesa pertubuhan serantau dan rakan antarabangsa untuk menyokong kepeutusan bersejarah itu.
Katanya, penyelesaian itu menunjukkan bahawa isu yang sukar dikawal pun boleh diselesaikan menerusi dialog dan kehendak politik. -AFP










