Pastikan nasib rakyat dibela - Utusan Malaysia

Pastikan nasib rakyat dibela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
BARU-BARU ini berita penahanan 47 rakyat Malaysia di penjara wilayah Banteay Meancho, Kemboja agak mengejutkan. Dikhabarkan mereka jadi mangsa sindiket yang menawarkan kerja dengan kadar gaji lumayan menerusi media sosial.

Tidak dinafikan media sosial adalah salah satu platform untuk mencari pekerjaan. Pun begitu, zaman kini terdapat banyak sindiket dan penipuan atas kepentingan sendiri dan lebih malang ramai yang terpedaya.

Perkara itu berlaku kerana ramai mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran menarik tanpa berfikir panjang. Malah ada yang sanggup menjadi keldai dadah atau menjadi pendatang tanpa izin di negeri orang sehingga akhirnya tertangkap.

Sungguhpun begitu, ramai yang berani mengambil risiko kerana realiti hari ini, masyarakat masih terhimpit dengan kesempitan hidup.

Kerajaan perlu memberi perhatian dan membuka mata terhadap nasib rakyat.

Benar Malaysia mempunyai banyak peluang pekerjaan, namun dikuasai oleh pendatang asing selain gaji yang tidak berbaloi dan tidak dapat menampung kehidupan lebih baik.

Bolehkah kita mempersalahkan bangsa lain ketika pemimpin bangsa sendiri tidak serius untuk memastikan generasi muda boleh hidup berdikari? Teruskan bersatu agar kita tidak hilang kuasa ekonomi, pendidikan dan politik.

NUR IZAZI HUSSIN
Universiti Teknologi 
Mara (UiTM) Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN