Pasangan jual oksigen tulen dalam tin - Utusan Malaysia

Pasangan jual oksigen tulen dalam tin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISBANE – Sepasang kekasih dari negeri Queensland, Australia mendakwa menjual oksigen tulen dalam tin kepada orang ramai yang dipercayai mampu memulihkan rasa pening dan sesak nafas.

Wendy dan Robert Badke turut mendakwa produk yang dinamakan Oxygen Lift itu berupaya membantu menyegarkan kembali pengguna selepas 20 kali menyedut oksigen dari dalam tin tersebut.

“Oksigen dalam tin itu menumpukan tahap kecergasan dan alternatif kepada minuman kopi dan tenaga yang selamat,” kata Wendy kepada stesen televisyen 7News baru-baru ini.

Tin Oxygen Lift yang kecil dijual pada harga A$15 (RM43) dan A$22 (RM64) bagi tin besar.

Tin tersebut didakwa mampu membantu mempercepatkan pemulihan tisu-tisu otot berikutan peningkatan kadar oksigen dalam darah badan. Pasangan itu mendapat idea jualan tersebut selepas menjumpai satu produk yang hampir serupa di Kanada. Namun, orang ramai masih tidak percaya dengan keberkesanan produk berkenaan dan mempertikaikan bayaran mahal yang perlu dibayar semata-mata untuk menghirup udara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN