KUALA LUMPUR 7 Feb. – Pas tidak berasa tertekan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin parti itu.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz malah mengalu-alukan agensi berkenaan menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
“Pas tertekan ? Tidak. Selamat datang SPRM. Semua tahu, semakin Pas berkuasa, semakin berkuasalah SPRM,” katanya menerusi laman Twitter beliau hari ini.
Semalam, SPRM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu berdasarkan kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan kepada suruhanjaya berkenaan selain akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan kes tersebut. – UTUSAN ONLINE.









