KUALA LUMPUR – Pas akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan yang beberapa pemimpin parti itu menerima RM90 juta daripada wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya memberi jaminan akan menyerahkan segala dokumen sekiranya diperlukan termasuklah penyata akaun-akaun bank Pas Pusat. “Ia bagi membuktikan dakwaan bahawa Pas menerima RM90 juta daripada 1MDB adalah tidak benar, dusta dan…










