Papagomo ditahan - Utusan Malaysia

Papagomo ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Polis menahan Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo di rumahnya di Danau Kota, Setapak, di sini kira-kira pukul 3 petang tadi.

Difahamkan, blogger terbabit ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyatakan lehernya dicekak selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, di Kajang, semalam.

Papagomo yang sebelum ini sudah pun dihubungi dan diminta tampil bagi membantu siasatan kes berkenaan semalam kemudian dibawa ke IPD Kajang untuk siasatan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, pengesahan sama ada dia akan dibebaskan selepas diambil kenyataan atau terus ditahan masih belum diperoleh daripada pihak polis.

Pagi tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, memberitahu bahawa Papagomo adalah antara dua individu yang dipanggil bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes dakwaan serangan ke atas Syed Saddiq. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×