Pakistan sedia bantu India siasat serangan bom berani mati di Kashmir - Utusan Malaysia

Pakistan sedia bantu India siasat serangan bom berani mati di Kashmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 19 Feb. – Pakistan bersedia membantu India menyiasat letupan teruk mengorbankan 41 tentera India di Kashmir yang menimbulkan ketegangan antara kedua negara baru-baru ini.

Bagaimanapun, Perdana Menterinya, Imran Khan berkata, mereka akan bertindak balas sekiranya India menyerang Pakistan.

“Pakistan tidak hanya fikir untuk bertindak balas. Pakistan akan bertindak balas,” katanya ketika berucap yang ditayangkan dalam siaran di seluruh negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, beliau meminta India memberikan bukti penglibatan Islamabad dalam serangan letupan bom major pada Khamis lalu.

Menurutnya, jika terdapat kumpulan militan yang menggunakan tanah Pakistan untuk melancarkan serangan maka permusuhan itu dengan mereka.

“Permusuhan itu dengan kami dan ia adalah menentang kepada kepentingan Pakistan,” jelasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×