MANILA – Jaguh tinju Filipina, Manny Pacquiao menjelaskan dia sudah bersedia menyertai lebih banyak pertarungan pada tahun ini selepas berjaya merampas semula gelaran Persatuan Tinju Dunia (WBA) kategori ‘welterweight’ dengan menewaskan Adrien Broner dua minggu lalu. Kata Pacquiao, dia juga lebih suka sekiranya pihak penganjur mengaturkan pertarungannya dengan Floyd Mayweather Jr. meskipun masih belum menerima sebarang maklum balas daripada jaguh tinju Amerika Syarikat itu. “Saya masih menanti persetujuan daripada Mayweather…










