Operasi SAR penumpang jatuh feri diteruskan - Utusan Malaysia

Operasi SAR penumpang jatuh feri diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 16 Feb. – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang penumpang yang dipercayai terjatuh dari Feri Pulau Undan disambung semula hari ini.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berkata, setakat ini identiti dan maklumat berkaitan mangsa yang dikatakan terjatuh dari feri itu belum diperolehi.

“Laporan polis berkaitan orang hilang juga tiada,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi semalam, seorang penumpang dikatakan terjatuh ke dalam laut di 1.2 kilometer Barat Laut berhampiran Terminal Feri Butterworth. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN