Op Limau: 1,035 ditahan, wang tunai lebih setengah juta dirampas - Utusan Malaysia

Op Limau: 1,035 ditahan, wang tunai lebih setengah juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Sebanyak 1,035 individu termasuk 70 wanita ditahan kerana terlibat dalam aktiviti perjudian haram menerusi Op Limau sempena perayaan Tahun Baru Cina yang dijalankan di seluruh negara bermula 1 Februari hingga semalam.

Selain itu, pihaknya turut merampas wang tunai bernilai RM650,869 dalam operasi banteras judi yang dijalankan di premis-premis dijadikan pusat perjudian antaranya restoran dan kawasan perumahan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kesemua suspek warga tempatan berusia antara 20 hingga 68 tahun itu ditahan menerusi 176 serbuan yang berjaya dijalankan di seluruh negara.

“Operasi tahun ini amat memberansangkan kerana kita mencatatkan peningkatan 151 peratus berbanding hanya 70 serbuan berjaya yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

“Kita percaya pencapaian yang menggalakkan ini adalah hasil kerjasama masyarakat yang menyalurkan maklumat dan aduan menerusi talian hotline judi yang dibuka tahun lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN